Friday 31 August 2012

Masyarakat Maritim di Jepun

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN

Maksud Masyarakat Maritim
Fail:Sueyoshi ship tablet of 1633.jpgMasyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.
Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.
1.     Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.
Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.
2.     Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.
3.     Masyarakat pelbagai Budaya.
Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
4.     Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.
5.     Pelabuhan Entreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan  entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
6.     Menerima Pengaruh Luar.
Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan.
Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun.
1.           Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah mengalami perubahan ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam, tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.
2.           Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan hubungan perdagangan dengan perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.
3.           Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani satu perjanjian perdagangan dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.
4.           Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah bandar semakin berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun. Kemudian muncul pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar lama.
5.           Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari Asia Tenggara, barangan sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di China.
6.           Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan Sepanyol di Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.
7.           Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara barat,  tetapi hubungan yang terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan negara luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.
8.           Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun mahukan barangan sutera dan mewah China manakala China pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan perdagangan.
9.           Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan kewangan (mujinko).
10.       Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan samurai bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar menjadi semakin kaya di Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.
11.       Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.
12.       Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah menjadi industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang pesat di Jepun terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai hiasan yang indah.
13.       Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.
14.       Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua orang asing atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam arahan larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal asing masuk ke Jepun.

Masyarakat Maritim di Portugal

Masyarakat Maritim di Portugal


Pengenalan
Kerajaan maritim bermaksud kerajaan yang berasaskan aktiviti kelautan seperti perikanan dan perdagangan. Ciri utama kerajaan maritim ialah mempunyai pelabuhan.


Masyarakat Maritim di Portugal
Portugal merupakan negara Eropah terawal yg berlayar / meneroka dunia luar. Kerabat diraja Portugal bercita-cita tinggi: menggalakkan pelayar mencari jalan ke dunia baru. Pada masa itu, Portugal menjadi kuasa maritim tunggal @ belum ada pesaing kerana;
  1. Sepanyol belum bersatu.
  2. Negara kota Itali saling bersaing menguasai perdagangan di Laut Mediterranean.
  3. Perancis dan England terlibat dalam Perang 100 Tahun.
  4. Belanda menghadapi masalah dalaman.
Henry The Navigator


Peranan & Sumbangan Putera Henry “Henry The Navigator”
1. Mempromosikan aktiviti penjelajahan.
Putera Henry telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres. Selain itu, Putera Henry turut
menjemput ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar untuk
mengajar pelaut Portugal. Berhasrat menguasai perdagangan di Afrika sekaligus
berusaha mencari Prester John [Raja kerajaan Kristian di Afrika] bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam Maghribi.

Kejayaan Putera Henry ialah apabila ramai pelayar Portugal berjaya menjelajah ke
selatan hingga ke Cape Verde [pantai barat Afrika]. Kematian Putera Henry pada 1460
tidak melemahkan semangat orang Portugal- meneruskan aktiviti pelayaran;
i. 1487: Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope [selatan Afrika].
ii. 1497: Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harap, menyeberangi Lautan Hindi sehingga tiba di Kalikat, India. Kejayaan ini membuka jalan ke timur.

Kejayaan Portugal dalam bidang maritim
Peranan Putera Henry dan kegigihan pelayar Portugal telah membolehkan mereka mencapai kejayaan besar dalam bidang pelayaran. Antara kejayaan mereka ialah;
1. Kapal2 Portugal berjaya belayar ke Timur melalui Tanjung Pengharapan.
Pelayar Portugal membawa pulang barang berharga seperti lada hitam, sutera, batu permata dan rempah. Raja Portugal melantik Alfonso d’Albuquerque sebagai wizurai di Goa, India. Wizurai bertanggungjawab menjaga pengkalan perdagangan Portugal.

2.  Tahun 1500 Portugal berjaya menguasai perdagangan di Lautan Atlantik.
Pelayar2 Portugal telah mendapatkan hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup, membuka ladang tebu dan tembakau, menternak lembu dan kuda di Brazil.

3. Tahun 1503: berjaya menguasai Cochin dan perairan Malabar.
Mereka memaksa kapal2 berdagang menggunakan lesen Portugal sahaja.  Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai pemerintah Cochin. Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan laut antara Portugal dan Arab.

4.  Meluaskan penjelajahan ke Afrika.
 Portugal kemudiannya berjaya menguasai Lautan Hindi dan membina pangkalan perdagangan di Kenya.

5. Tahun 1509: Lopez de Sequeira tiba Melaka.
Tujuan awal de Sequeira adalah untuk meminta kebenaran berdagangan di Melaka. Pada tahun 1511 Portugal  berjaya menawan Melaka.
6.  Berjaya membina pangkalan perdagangan di Kepulauan Rempah
Kesungguhan pelayar Portugal akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membina pengkalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera dan Jawa. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan rempah.

7. Melantik Casa de India [House of India]
Casa de India berperanan menguruskan perdagangan di luar negara. Portugal kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih dan mengenakan cukai 30% ke atas keuntungan aktiviti perdagangan lain.

8. Menggunakan pelabuhan Antwerp sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barang dagangan.
Dalam masa 30 tahun, berjaya menguasai pasaran rempah ratus daripada pedagang Venice.
       
9. Tahun 1550: pedagang Portugal mula memasuki Jepun.
Perkembangan ini menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai contoh, Nagasaki menjadi pusat perdagangan dan pintu keluar utama bagi perdagangan Jepun.
10. Tahun 1517: meluaskan perdagangan di China
Portugis dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan Macau. Ini membolehkan Portugal menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan antara China-Jepun- Eropah. Selain itu, Portugal juga berjaya menerokai perdagangan hamba di China. Hamba2 China  dibawa ke Eropah dan dijual kepada bangsawan. Walau bagaimanapun, aktiviti penjualan hamba diharamkan pada tahun 1595.

Kesimpulan
Kejayaan besar yang dilakar oleh pelayar dan pedagang Portugal membuktikan mereka memang sebuah kuasa maritim yang hebat pada ketika itu. Mereka berjaya menguasai laluan barat ke timur serta mengumpul kekayaan hasil daripada aktiviti perdagangan.

Masyarakat Agraria di China

Masyarakat Agraria di China


Pengenalan
Negara China merupakan negara ke-3 terbesar di dunia. 2/3 daripada keluasan itu adalah kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, hasil pertanian mampu menampung makanan penduduk China. Keadaan ini didorong oleh faktor berikut
      i. Sebahagian besar negara China terletak di kawasan hawa sederhana
     ii.Terdapat kawasan perubahan iklim dari kawasan tropika ke sejuk yg sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.

 •       Kawasan tertinggi: Dataran Tibet
 •       Contoh  gurun di China: Gurun Gobi [Utara] dan Gurun Taklimakan [Barat Laut]


Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di China
1. Pertanian menjadi kegiatan utama
Semasa zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, 80% penduduk desa bercucuk tanam. Timur Laut China dan Mongolia merupakan dataran loes yg subur untuk aktiviti pertanian. Kawasan ini turut direntangi oleh Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze.

Tanaman utama petani China ialah padi  dan kapas, tebu, teh, gandum, sekoi dan barli menjadi tanaman sampingan. Di utara China pula [Kawasan tanah tinggi] padi huma, sekoi dan kekacang menjadi hasil keluaran penting.

Tanah yang subur mendorong kepada peningkatan hasil keluaran. Ini sudah pasti menguntungkan pembesar ataupun tuan tanah. Pendapatan cukai maharaja juga meningkat.
2. Masyarakat agraria mengamalkan pemilikan tanah yg diterajui oleh pembesar / tuan tanah.
Tanah merupakan kurniaan maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah juga menjadi lambang status sosial & aset berharga.

3.  Mengamalkan pertanian secara bersama.
Golongan petani di China mengamalkan pertanian secara bersama [hak individu diketepikan]. Mengusahakan tanah pertanian mengikut sistem warisan iaitu dari satu generasi ke generasi berikutnya.

4. Guna kaedah tradisional
Petani China masih menggunakan kaedah tradisional dalam pertanian. Sebagai contoh, najis binatang dijadikan sebagai baja. Walaupun demikian, hasil pertanian tetap banyak.

5. Petani tidak ada simpanan
Malang bagi petani, walaupun hasil pertanian meningkat tetapi mereka tidak ada simpanan untuk saat kecemasan seperti kemarau, banjir atau tanaman tidak menjadi. Petani masih dihimpit kemiskinan. Oleh itu, untuk meneruskan hidup mereka mengamalkan aktiviti berikut;
  1. Mencari hasil hutan
  2. Jual anak perempuan [hamba]
6. Petani tetap miskin
Walaupun tanah subur dan petani cekap, mereka tetap dihimpit kemiskinan. Rumah mereka hanya berdindingkan tanah liat, berbumbungkan rumput, tidak ada tempat berdiang, pakaian daripada benang kapas dan makanan sekadar cukup. Pendapatan petani hanya cukup untuk membeli benih, perkakasan pertanian, mengadakan majlis perkahwinan dan kematian.

Pembaharuan Dalam Bidang Pertanian
Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan untuk meningkatkan hasil pertanian. Pembaharuan tersebut termasuklah;
         a. Peningkatan penggunaan sistem pengairan
    b. Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman.
    c. Peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah digunakan.
    d. Memperkenalkan kaedah tanaman bergilir dalam skala besar.
    e. Perkenalkan baka padi baru  yang cepat masak [[baka padi dari Vietnam Selatan] bagi membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Baka baru ini tidak memerlukan banyak air dan sesuai ditanam di kawasan berbukit.
    f. Penggunaan baja
   g. Tanaman dari Asia Barat seperti kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung diperkenalkan.
Selain itu, dasar pemerintah China yang mengutamakan bidang agraria juga menyumbang kepada peningkatan hasil pertanian. Pemerintah China menguatkuasakan pungutan cukai tanah yang rendah iaitu  1/30 kepada 1/50 daripada hasil pertanian. untuk menggalakkan aktiviti pertanian.

Kesan dasar yang diamalkan
Dasar dan pembaharuan yang dijalankan oleh pemerintah China telah membawa banyak faedah seperti;
          i. Perbendaharaan berkurang tetapi hasil pengeluaran pertanian bertambah.
          ii. Petani boleh baiki taraf hidup.
          iii. Banyak pasar di buka di kampung2 dan sistem barter digunakan.
          iv. Terdapat orang tengah beli secara pukal dan dijual di pasar besar.
          v. Pertumbuhan industri swasta ekoran perkembangan bandar seperti Nanking dan Beijing. Contoh industri berskala kecil yang berkembang pesat ialah pengeluaran kertas, sutera, kapas dan porselin. Perkembangan industri porselin memberi sumbangan kepada perbendaharaan negara. Kiangsi muncul menjadi pusat pengeluaran porselin.

Kesimpulan
Masyarakat agraria di China giat mengamalkan aktiviti pertanian. Sokongan pemerintah, kecekapan petani, tanah yang subur dan dasar pertanian yang diperkenalkan berjaya meningkatkan hasil pertanian sekaligus merancakkan perkembangan ekonomi China.

Thursday 30 August 2012

Masyarakat Agraria di Belanda

Masyarakat Agraria di Belanda

Pengenalan    

          Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain. Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3 bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.

          Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa.  Jumlah tanah pertanian, jumlah petani dan jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.

Sistem pertanian padang terbuka [Tanah dibahagikan kepada 3 bidang] yang diamalkan oleh petani Belanda.
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Pertanian
1.       Hasil pertanian bertambah.
2.       Pengeluaran makanan turut bertambah sekaligus meningkatkan jumlah      simpanan makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan petani.
3.       Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan pengairan kawasan pertanian.
4.       Guna kaedah tanaman bergilir bagi mengekalkan kesuburan tanah [tanam sengkuang & kekacang bergilir dengan bijirin].
5.        Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli, oat]. Selain itu, kobis, kekacang, bunga dan jagung turut diusahakan.
6.       Petani di Belanda turut menternak binatang seperti lembu [tenusu dan daging bagi tujuan eksport ke selatan Belanda.
7.        Industri tekstil turut berkembang.
      Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen  & bulu manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
      Industri tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat industri kain berasaskan kain woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem pula muncul sebagai bandar utama pengeluar industri linen.
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Perikanan
       Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat dalam perikanan sehingga berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman. Belanda mengeksport ikan herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan bijirin dari Baltik.

      Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
      Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti   tinggi, tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka juga dianggap terbaik di Eropah sehingga turut diguna oleh pedagang England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa gandum dan galian ke Eropah.

Wednesday 29 August 2012

Feudalisme Di Jepun

Feudalisme di Jepun

Susun Lapis Masyarakat Feudal di Jepun

Masyarakat di Feudal Jepun terbahagi kepada 2 iaitu;


Shogun mengekalkan kuasanya dengan mengawal kuasa daimyo. Daimyo pula diwajibkan bersumpah setia, menyediakan bantuan jika diperlukan dan memastikan wilayah yang diperintah aman. Daimyo Fudai dan Daimyo Shimpan adalah golongan daimyo yang paling dipercayai oleh shogun dalam pentadbiran. Antara Shogun yang terkenal ialah  Shogun Tokugawa

Menjelang abad ke-17, aktiviti perdagangan berkembang pesat. Ramai pedagang / saudagar muncul dan berjaya mengaut kekayaan. Status mereka bertambah baik dan berjaya mengikat golongan bangsawan dengan hutang.

Tokoh terkenal di Jepun semasa zaman feudalisme ialah Hideoyshi [penyatu Jepun], Shogun Tokugawa dan Hayashi Tadataka [Daimyo Fudai]

Feudalisme di England

Feudalisme di England

Pengenalan

Perang Seratus Tahun antara England dengan Perancis dan perang saudara [Perang Bunga Mawar] di England memaksa masyarakat England menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif menamatkan huru-hara. Secara tidak langsung masyarakat England menerima sistem feudal iaitu adanya golongan pemerintah dan diperintah.





Sistem sosial masyarakat Feudal di Eropah

Raja
    Raja berkuasa mutlak
Raja menjadi pusat kekuasaan. Rakyat pula tidak berhak untuk membantah. Selain itu, rakyat tidak mempunyai hak dan suara kerana kuasa raja adalah anugerah suci Tuhan.
Rakyat perlu taat setia kepada raja.

Raja berhak memajak tanah kepada gol yang dipercayai [vassal]. Raja juga boleh memberi tanah kepada golonganbangsawan [baron dan knight] sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yg diberikan [golongan ini terikat kepada raja]. Pemberian tanah kepada pembesar untuk diusahakan oleh golongan petani membolehkan raja mengutip cukai.

Golongan Bangsawan
Golongan bangsawan berkuasa  memerintah di tanahnya. Mereka berhak mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang2 sendiri untuk mengawal petani / serf dan mengenakan cukai. Tanah yg diberikan oleh raja akan diwarisi. Antara gelaran yg diberikan kepada golongan  bangsawan ialah Duke, baron [Lord] dan Vassal.


Golongan Serf
Kehidupan golongan  petani berubah ekoran perkembangan ekonomi di England pada abad ke-16. Banyak tanah dibuka dan pertanian komersial mula dijalankan. Perkembangan pertanian dagangan, kemunculan bandar baru dan kemajuan sektor perusahaan menyebabkan ramai golongan serf berpindah atau berhijrah. Terdapat juga golongan serf  yang dibebaskan. Keadaan ini menyebabkan ikatan antara tuan tanah dan serf makin longgar.

Raja Henry VII, Raja Henry VIII, Raja James I dan Raja Charles I adalah antara tokoh terkenal di zaman feudalisme England.

Kesimpulan
Keadaan huru-hara mengakibatkan masyarakat England berusaha mencari penyelesaian. Langkah terbaik ialah melantik seorang raja untuk mengetuai sebuah sistem pemerintahan yang teratur. Kewujudan sistem pemerintahan telah melahirkan golongan pemerintah dan rakyat pula menjadi golongan diperintah. Ini menjadi titik tolak bermulanya sistem feudal di England.