Wednesday, 29 August 2012

Feudalisme di England

Feudalisme di England

Pengenalan

Perang Seratus Tahun antara England dengan Perancis dan perang saudara [Perang Bunga Mawar] di England memaksa masyarakat England menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif menamatkan huru-hara. Secara tidak langsung masyarakat England menerima sistem feudal iaitu adanya golongan pemerintah dan diperintah.





Sistem sosial masyarakat Feudal di Eropah

Raja
    Raja berkuasa mutlak
Raja menjadi pusat kekuasaan. Rakyat pula tidak berhak untuk membantah. Selain itu, rakyat tidak mempunyai hak dan suara kerana kuasa raja adalah anugerah suci Tuhan.
Rakyat perlu taat setia kepada raja.

Raja berhak memajak tanah kepada gol yang dipercayai [vassal]. Raja juga boleh memberi tanah kepada golonganbangsawan [baron dan knight] sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yg diberikan [golongan ini terikat kepada raja]. Pemberian tanah kepada pembesar untuk diusahakan oleh golongan petani membolehkan raja mengutip cukai.

Golongan Bangsawan
Golongan bangsawan berkuasa  memerintah di tanahnya. Mereka berhak mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang2 sendiri untuk mengawal petani / serf dan mengenakan cukai. Tanah yg diberikan oleh raja akan diwarisi. Antara gelaran yg diberikan kepada golongan  bangsawan ialah Duke, baron [Lord] dan Vassal.


Golongan Serf
Kehidupan golongan  petani berubah ekoran perkembangan ekonomi di England pada abad ke-16. Banyak tanah dibuka dan pertanian komersial mula dijalankan. Perkembangan pertanian dagangan, kemunculan bandar baru dan kemajuan sektor perusahaan menyebabkan ramai golongan serf berpindah atau berhijrah. Terdapat juga golongan serf  yang dibebaskan. Keadaan ini menyebabkan ikatan antara tuan tanah dan serf makin longgar.

Raja Henry VII, Raja Henry VIII, Raja James I dan Raja Charles I adalah antara tokoh terkenal di zaman feudalisme England.

Kesimpulan
Keadaan huru-hara mengakibatkan masyarakat England berusaha mencari penyelesaian. Langkah terbaik ialah melantik seorang raja untuk mengetuai sebuah sistem pemerintahan yang teratur. Kewujudan sistem pemerintahan telah melahirkan golongan pemerintah dan rakyat pula menjadi golongan diperintah. Ini menjadi titik tolak bermulanya sistem feudal di England.

No comments:

Post a Comment