Friday, 31 August 2012

Masyarakat Maritim di Jepun

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN

Maksud Masyarakat Maritim
Fail:Sueyoshi ship tablet of 1633.jpgMasyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.
Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.
1.     Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.
Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.
2.     Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.
3.     Masyarakat pelbagai Budaya.
Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
4.     Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.
5.     Pelabuhan Entreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan  entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
6.     Menerima Pengaruh Luar.
Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan.
Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun.
1.           Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah mengalami perubahan ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam, tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.
2.           Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan hubungan perdagangan dengan perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.
3.           Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani satu perjanjian perdagangan dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.
4.           Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah bandar semakin berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun. Kemudian muncul pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar lama.
5.           Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari Asia Tenggara, barangan sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di China.
6.           Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan Sepanyol di Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.
7.           Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara barat,  tetapi hubungan yang terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan negara luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.
8.           Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun mahukan barangan sutera dan mewah China manakala China pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan perdagangan.
9.           Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan kewangan (mujinko).
10.       Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan samurai bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar menjadi semakin kaya di Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.
11.       Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.
12.       Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah menjadi industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang pesat di Jepun terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai hiasan yang indah.
13.       Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.
14.       Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua orang asing atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam arahan larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal asing masuk ke Jepun.

No comments:

Post a Comment