Masyarakat Agraria di Belanda
Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain. Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3 bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.
Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa. Jumlah tanah pertanian, jumlah petani dan jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.
Sistem pertanian padang terbuka [Tanah dibahagikan kepada 3 bidang] yang diamalkan oleh petani Belanda. |
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di
Belanda: Pertanian
1. Hasil pertanian bertambah.
2. Pengeluaran
makanan turut bertambah sekaligus meningkatkan jumlah simpanan
makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan petani.
3. Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan pengairan kawasan pertanian.
4. Guna kaedah tanaman bergilir bagi
mengekalkan kesuburan tanah [tanam sengkuang & kekacang bergilir dengan
bijirin].
5. Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli,
oat]. Selain itu, kobis,
kekacang, bunga dan jagung turut diusahakan.
6. Petani di Belanda turut menternak binatang seperti lembu [tenusu
dan daging bagi tujuan eksport ke selatan Belanda.
7. Industri tekstil turut berkembang.
Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Industri
tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat industri kain berasaskan kain
woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem
pula muncul sebagai bandar utama pengeluar industri linen.
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di
Belanda: Perikanan
Perairan Holland dan Zeeland kaya
dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat dalam perikanan sehingga
berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman. Belanda mengeksport ikan
herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan bijirin dari Baltik.
Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
- Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti
tinggi, tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka juga dianggap terbaik
di Eropah sehingga turut diguna
oleh pedagang England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa gandum dan galian ke Eropah.
No comments:
Post a Comment