MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN
Masyarakat
maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan
dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan
sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan.
Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan
air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai,
menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip
hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya
adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk
masyarakat maritim.
Bagi
negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan
negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di
bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya
menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan
ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya
kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai
peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah
telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar
tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut
Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.
Ciri-Ciri
Masyarakat Maritim Jepun.
1.
Kegiatan
Ekonomi Berasaskan Kelautan.
Masyarakat
Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan
makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut
seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan
merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi
masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan
Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.
2.
Lokasi
Petempatan Di Pesisir Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah daratan
Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido,
Honshu
(pulau terbesar), Shikoku,
dan Kyushu.
Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal
di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di
kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima
dan lain-lain bandar pelabuhan.
3.
Masyarakat
pelbagai Budaya.
Jalinan
perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun
menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang
dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius
dari China
serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan
pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup
pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama
Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
4.
Menguasai
Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
Masyarakat
maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika
Selatan, Korea
dan China.
Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar
bersenjata pedagang Jepun
yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara,
di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600
dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.
5.
Pelabuhan
Entreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui
pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda,
Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina
dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun
kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia
Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
6.
Menerima
Pengaruh Luar.
Sebelum
dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh
luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh
Jesuit
dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran
perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat
(Perdagangan dengan Nanban). Penganut
Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah
tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima
pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari
Dunia Barat sebagai namban
yang bererti kaum gasar dari selatan.
1.
Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah
mengalami perubahan ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran
kain, barangan logam, tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.
2.
Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan
hubungan perdagangan dengan perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai
pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan
yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi kapal,
teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.
3.
Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani
satu perjanjian perdagangan dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini,
pedagang Portugal dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini
telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi
pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.
4.
Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah
bandar semakin berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan
Edo. Bandar diraja Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan
kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi
bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala bandar Seto di wilayah Owari
telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun. Kemudian muncul
pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar lama.
5.
Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari
Asia Tenggara, barangan sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga
daripada China. Menjelang abad ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah
barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat
dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di
China.
6.
Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan
dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan
memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun
Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan Sepanyol di
Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu
telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya gabenor Sepanyol di
Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah.
Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula kepada
kedatangan pedagang British dan Belanda.
7.
Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara barat, tetapi hubungan yang
terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan negara
luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan
17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan
beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah
menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.
8.
Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan
perdagangan tempatan dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan
perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke
atas China. Oleh kerana Jepun mahukan barangan sutera dan mewah China manakala
China pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka menjadikan pedagang
Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan perdagangan.
9.
Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada
pengkhususan pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan
tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan
kewangan (mujinko).
10.
Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah
membawa perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan
samurai bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni
beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan saudagar di
Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar menjadi semakin kaya di
Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.
11.
Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang
cekap dan berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui
yang mempunyai syarikat persendirian.
12.
Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam
penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik.
Teknik pembuatan tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan
telah menjadi industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang
pesat di Jepun terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga
menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai
hiasan yang indah.
13.
Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun
terhenti apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun
daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia
luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang
barat.
14.
Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua
orang asing atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam
arahan larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara
larangan yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat
Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal asing
masuk ke Jepun.