Friday, 18 November 2011

Program Cuti Terancang (PCT) Sejarah Tamadun Dunia

Perhatian kepada pelajar Pra U SMKIS !! Sila jawap dalam bentuk esei penuh.
Soalan-soalannya ialah :

a) Perihalkan sejauh mana ketokohan Asoka membawa kepada pengukuhan empayar Maurya.

b) Bincangkan sumbangan Ibnu Majid dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

c) Huraikan faktor-faktor kemunculan Srivijaya sebagai sebuah empayar yang unggul di nusantara.

d) Sungai dan laut adalah penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan pernyataan tersebut.

e) Sejauh manakah penjelajahan dan penemuan Vasco de Gamma, Ferdinand Magellan, dan Christopher Columbus mempengaruhi transformasi ekonomi di Eropah dan di seluruh dunia.



by : nitnot

Friday, 4 November 2011

Soalan-soalan Sejarah Kertas 2

Soalan-soalan berikut merupakan tugasan kepada para pelajar Tingkatan 6 Rendah SMKIS 2011. Para pelajar diminta untuk menyiapkan tugasan tersebut sepanjang musim cuti persekolahan pada akhir tahun ini.

Minggu 1:
Bincangkan kesan-kesan politik, ekonomi, dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945).

Minggu 2:
Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan.

Minggu 3:
Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Minggu 4:
Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin pelbagai kaum dari tahun 1955 hingga tahun 1957 untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.

Rancangan Pelajaran Sejarah Bahagian B (Asia Timur, Asia Tenggara, dan Asia Selatan)


Rancangan Pelajaran Sejarah Bahagian A (Tanah Melayu)

Sukatan pelajaran

Matlamat  
Tujuan pendidikan Sejarah di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah untuk
meningkatkan pengetahuan, pemahaman, dan  penghayatan pelajar tentang Sejarah untuk
menyediakan wadah yang kukuh  bagi pelajar untuk mengikuti  pengajian tinggi, menyediakan
pelajar untuk kerjaya, dan mencernakan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara serta
kepekaan terhadap masyarakat sarwajagat.


Objektif  
Objektif sukatan pelajaran ini adalah supaya pelajar
  (a)   memahami asas-asas ilmu sejarah, seperti  konsep, sebab-musabab, perubahan dan
         kesinambungan, dan penggunaan istilah yang tepat,
  (b)   berkebolehan mengendalikan sumber sebagai bukti sejarah seperti mengumpul, memilih,
         menilai, dan mentafsir,
  (c)   menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem-sistem dalam alam
         sekitar selain fenomena semula jadi, serta meningkatkan kesedaran yang mendalam tentang
         kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam,
  (d)   berkebolehan memberikan gambaran yang jelas dan padat serta hujah yang logik,
  (e)   berkebolehan menganalisis dan merumus serta berfikir secara kritis dan rasional,
  (f)    berkeupayaan memahami proses perubahan masyarakat dan tamadun,
  (g)   mengukuhkan pemahaman tentang sejarah Malaysia dan kaitannya dengan sejarah luar
         Malaysia,
  (h)   menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah


Sukatan pelajaran Sejarah STPM terdiri daripada dua bahagian, iaitu:

(i)  Tamadun Dunia hingga Tahun 1800
 Bahagian A:   Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir,  Tamadun  Hwang Ho,  Tamadun  Mohenjo  Daro
 dan Harappa, Tamadun Arab, Tamadun Yunani, Tamadun Rom, Tamadun Graeco-Roman,
 Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Melayu, dan Tamadun  Barat
 Bahagian B:  Tamadun Islam

(ii)  Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963  
 Bahagian A:  Malaysia
 Bahagian B:  Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur
 (Myanmar (Burma), Thailand, Laos,  Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia,
 Filipina, Singapura, India,  Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).


1. TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800
Bahagian A:   Tamadun Mesopotamia,  Tamadun Mesir,  Tamadun Hwang Ho, Tamadun  Mohenjo Daro dan Harappa, Tamadun Arab, Tamadun Yunani, Tamadun Rom,  Tamadun Graeco-Roman, Tamadun
India, Tamadun China, Tamadun Melayu,  dan Tamadun Barat.

Bahagian A : Tamadun Dunia


Bahagian B : Tamadun Islam