Friday, 4 November 2011

Sukatan pelajaran

Matlamat  
Tujuan pendidikan Sejarah di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah untuk
meningkatkan pengetahuan, pemahaman, dan  penghayatan pelajar tentang Sejarah untuk
menyediakan wadah yang kukuh  bagi pelajar untuk mengikuti  pengajian tinggi, menyediakan
pelajar untuk kerjaya, dan mencernakan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara serta
kepekaan terhadap masyarakat sarwajagat.


Objektif  
Objektif sukatan pelajaran ini adalah supaya pelajar
  (a)   memahami asas-asas ilmu sejarah, seperti  konsep, sebab-musabab, perubahan dan
         kesinambungan, dan penggunaan istilah yang tepat,
  (b)   berkebolehan mengendalikan sumber sebagai bukti sejarah seperti mengumpul, memilih,
         menilai, dan mentafsir,
  (c)   menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem-sistem dalam alam
         sekitar selain fenomena semula jadi, serta meningkatkan kesedaran yang mendalam tentang
         kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam,
  (d)   berkebolehan memberikan gambaran yang jelas dan padat serta hujah yang logik,
  (e)   berkebolehan menganalisis dan merumus serta berfikir secara kritis dan rasional,
  (f)    berkeupayaan memahami proses perubahan masyarakat dan tamadun,
  (g)   mengukuhkan pemahaman tentang sejarah Malaysia dan kaitannya dengan sejarah luar
         Malaysia,
  (h)   menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah


Sukatan pelajaran Sejarah STPM terdiri daripada dua bahagian, iaitu:

(i)  Tamadun Dunia hingga Tahun 1800
 Bahagian A:   Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir,  Tamadun  Hwang Ho,  Tamadun  Mohenjo  Daro
 dan Harappa, Tamadun Arab, Tamadun Yunani, Tamadun Rom, Tamadun Graeco-Roman,
 Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Melayu, dan Tamadun  Barat
 Bahagian B:  Tamadun Islam

(ii)  Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963  
 Bahagian A:  Malaysia
 Bahagian B:  Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur
 (Myanmar (Burma), Thailand, Laos,  Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia,
 Filipina, Singapura, India,  Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).


1. TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800
Bahagian A:   Tamadun Mesopotamia,  Tamadun Mesir,  Tamadun Hwang Ho, Tamadun  Mohenjo Daro dan Harappa, Tamadun Arab, Tamadun Yunani, Tamadun Rom,  Tamadun Graeco-Roman, Tamadun
India, Tamadun China, Tamadun Melayu,  dan Tamadun Barat.

Bahagian A : Tamadun Dunia


Bahagian B : Tamadun Islam


No comments:

Post a Comment