Monday, 21 July 2014
Monday, 6 January 2014
Wednesday, 2 October 2013
Wednesday, 10 April 2013
Tuesday, 9 April 2013
Sunday, 13 January 2013
Soalan Latihan Sejarah Islam
Soalan Kertas 2 : Sejarah Islam
TEMA 1
1.1 Masyarakat Jahilliah
Berikan
takrif jahillliah
Nyatakan
ciri-ciri jahilliah
Berikan
jangka masa Zaman Jahilliah
Jelaskan
struktur masyarakat jahilliah
1.2 Masyarakat Islam
Huraikan
konsep ummah
Huraikan
perkembangan masyarakat Islam selepas hijrah Nabi Muhammad ke Madinah
Nyatakan
perkembangan masyarakat Islam dalam zaman Khulafa Al Rasyidin
1.3 Sistem pemerintahan
Berapakah
fasal yang terdapat dalam Piagam Madinah
Senaraikan
fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah
Nyatakan
peranan Piagam Madinah dalam pemerintahan di madinah
Nyatakan
struktur pemerintahan kerajaan Islam pada Zaman nabi Muhammad
1.4 Nyatakan
latar belakang Nabi Muhammad
Huraikan
ciri-ciri kepimpinan nabi Muhammad
1.5 Apakah
maksud Khalifah
Nyatakan
ciri-ciri khalifah
Nyatakan
kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khalifah Al Rasyidin
Nyatakan
kaedah pemilihan khalifah pada zaman kerjaan Bani Umayyah
Nyatakan
sumbangan khalifah berikut
a.
Khalifah Abu Bakar
b.
Khalifah Umar Alkhatab
c.
Khalifah Umar Abdul Aziz
d.
Khalifah Harun Al Rasyid
1.6 Nyatakan
struktur pemerintahan dan pentadbiran
pusat dan wilayah pada zaman Khalifah Al
Rasyidin
Nyatakan
struktur pemerintahan dan pentadbiran
pusat dan wilayah pada zaman Kerajaan Uthmaniyah-
Nyatakan
sistem pemerintahan Andalusia pada abad ke 13
Nyatakan
sistem pemerintahan Islam di India pada a bad ke 16 hingga ke 17
1.7 Jelaskan
pengertian Jihad
Senaraikan
etika peperangan dalam Islam
Nyatakan
strategi peperangan pada Zaman Nabi Muhammad dan Khulafa Al Rasyidin
Huraikan
kepimpinan dan sumbangan tokoh berikut:
a. Salehuddin Al Ayyubi
b.
Sultan Muhammad Al Fateh
1.8 Nyatakan
bentuk perhubungan luar pada zaman Nabi Muhammad dan Khulafa Al Rasyidin
Namakan
kerajaan-kerajaan asing yang menjalinkan hubungan diplomatik pada zaman Kahlifah Umar al Khattab
Monday, 1 October 2012
LAPORAN PERBELANJAAN UNIT SEJARAH SEPTEMBER 2012
LAPORAN PERBELANJAAN UNIT SEJARAH SEPTEMBER 2012
BAKI 2011 : RM 106.52
PERUNTUKAN 1,
2012 :
RM 312.00
PERUNTUKAN 2, 2012 : RM
93.60
JUMLAH : RM
418.52
|
BIL
|
PERKARA/PROGRAM/AKTIVITI
|
SASARAN
|
JUMLAH(RM)
|
|
|
|
|
|
|
1.
|
Perbelanjaan
penyelenggaraan pintu
|
85.47
|
|
|
2.
|
Buku rujukan
|
|
98.70
|
|
3.
|
Fotokopi
|
|
42.00
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JUMLAH PERBELANJAAN SEHINGGA SEPTEMBER
|
|
226.17
|
|
|
BAKI 2012
|
|
192.35
|
|
|
% PERBELANJAAN
|
|
54.04 %
|
Friday, 31 August 2012
Masyarakat Maritim di Jepun
MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN
Bagi
negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan
negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di
bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya
menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan
ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya
kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai
peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah
telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar
tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut
Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.
Ciri-Ciri
Masyarakat Maritim Jepun.
1.
Kegiatan
Ekonomi Berasaskan Kelautan.
Masyarakat
Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan
makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut
seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan
merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi
masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan
Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.
2.
Lokasi
Petempatan Di Pesisir Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah daratan
Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido,
Honshu
(pulau terbesar), Shikoku,
dan Kyushu.
Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal
di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di
kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima
dan lain-lain bandar pelabuhan.
3.
Masyarakat
pelbagai Budaya.
Jalinan
perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun
menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang
dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius
dari China
serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan
pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup
pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama
Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
4.
Menguasai
Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
Masyarakat
maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika
Selatan, Korea
dan China.
Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar
bersenjata pedagang Jepun
yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara,
di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600
dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.
5.
Pelabuhan
Entreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui
pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda,
Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina
dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun
kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia
Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
6.
Menerima
Pengaruh Luar.
Sebelum
dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh
luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh
Jesuit
dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran
perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat
(Perdagangan dengan Nanban). Penganut
Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah
tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima
pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari
Dunia Barat sebagai namban
yang bererti kaum gasar dari selatan.
1.
Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah
mengalami perubahan ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran
kain, barangan logam, tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.
2.
Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan
hubungan perdagangan dengan perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai
pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan
yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi kapal,
teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.
3.
Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani
satu perjanjian perdagangan dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini,
pedagang Portugal dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini
telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi
pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.
4.
Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah
bandar semakin berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan
Edo. Bandar diraja Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan
kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi
bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala bandar Seto di wilayah Owari
telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun. Kemudian muncul
pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar lama.
5.
Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari
Asia Tenggara, barangan sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga
daripada China. Menjelang abad ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah
barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat
dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di
China.
6.
Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan
dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan
memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun
Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan Sepanyol di
Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu
telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya gabenor Sepanyol di
Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah.
Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula kepada
kedatangan pedagang British dan Belanda.
7.
Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara barat, tetapi hubungan yang
terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan negara
luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan
17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan
beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah
menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.
8.
Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan
perdagangan tempatan dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan
perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke
atas China. Oleh kerana Jepun mahukan barangan sutera dan mewah China manakala
China pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka menjadikan pedagang
Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan perdagangan.
9.
Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada
pengkhususan pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan
tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan
kewangan (mujinko).
10.
Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah
membawa perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan
samurai bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni
beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan saudagar di
Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar menjadi semakin kaya di
Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.
11.
Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang
cekap dan berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui
yang mempunyai syarikat persendirian.
12.
Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam
penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik.
Teknik pembuatan tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan
telah menjadi industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang
pesat di Jepun terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga
menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai
hiasan yang indah.
13.
Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun
terhenti apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun
daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia
luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang
barat.
14.
Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua
orang asing atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam
arahan larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara
larangan yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat
Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal asing
masuk ke Jepun.
Masyarakat Maritim di Portugal
Masyarakat Maritim di Portugal
Pengenalan
Kerajaan maritim bermaksud kerajaan yang berasaskan aktiviti kelautan seperti perikanan dan perdagangan. Ciri utama kerajaan maritim ialah mempunyai pelabuhan.
Masyarakat Maritim
di Portugal
Portugal merupakan negara Eropah terawal yg berlayar / meneroka dunia luar. Kerabat diraja Portugal bercita-cita tinggi: menggalakkan pelayar mencari jalan ke dunia baru. Pada masa itu, Portugal menjadi kuasa maritim tunggal @ belum ada pesaing kerana;
Portugal merupakan negara Eropah terawal yg berlayar / meneroka dunia luar. Kerabat diraja Portugal bercita-cita tinggi: menggalakkan pelayar mencari jalan ke dunia baru. Pada masa itu, Portugal menjadi kuasa maritim tunggal @ belum ada pesaing kerana;
- Sepanyol belum bersatu.
- Negara kota Itali saling bersaing menguasai perdagangan di Laut Mediterranean.
- Perancis dan England terlibat dalam Perang 100 Tahun.
- Belanda menghadapi masalah dalaman.
Peranan
& Sumbangan Putera Henry “Henry The Navigator”
1. Mempromosikan aktiviti penjelajahan.
1. Mempromosikan aktiviti penjelajahan.
Putera Henry telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres. Selain itu, Putera Henry turut
menjemput ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar untuk
mengajar pelaut Portugal. Berhasrat menguasai perdagangan di Afrika sekaligus
berusaha mencari Prester John [Raja kerajaan Kristian di Afrika] bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam Maghribi.
Kejayaan Putera Henry ialah apabila ramai pelayar Portugal berjaya menjelajah ke
selatan hingga ke Cape Verde [pantai barat Afrika]. Kematian Putera Henry pada 1460
tidak melemahkan semangat orang Portugal- meneruskan aktiviti pelayaran;
i. 1487: Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope [selatan Afrika].
ii. 1497: Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harap, menyeberangi Lautan Hindi sehingga tiba di Kalikat, India. Kejayaan ini membuka jalan ke timur.
menjemput ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar untuk
mengajar pelaut Portugal. Berhasrat menguasai perdagangan di Afrika sekaligus
berusaha mencari Prester John [Raja kerajaan Kristian di Afrika] bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam Maghribi.
Kejayaan Putera Henry ialah apabila ramai pelayar Portugal berjaya menjelajah ke
selatan hingga ke Cape Verde [pantai barat Afrika]. Kematian Putera Henry pada 1460
tidak melemahkan semangat orang Portugal- meneruskan aktiviti pelayaran;
i. 1487: Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope [selatan Afrika].
ii. 1497: Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harap, menyeberangi Lautan Hindi sehingga tiba di Kalikat, India. Kejayaan ini membuka jalan ke timur.
Kejayaan
Portugal dalam bidang maritim
Peranan Putera
Henry dan kegigihan pelayar Portugal telah membolehkan mereka mencapai
kejayaan besar dalam bidang pelayaran. Antara kejayaan mereka ialah;1. Kapal2 Portugal berjaya belayar ke Timur melalui Tanjung Pengharapan.
Pelayar Portugal membawa pulang barang berharga seperti lada hitam, sutera, batu permata dan rempah. Raja Portugal melantik Alfonso d’Albuquerque sebagai wizurai di Goa, India. Wizurai bertanggungjawab menjaga pengkalan perdagangan Portugal.
2. Tahun 1500 Portugal berjaya menguasai perdagangan di Lautan
Atlantik.
Pelayar2 Portugal telah mendapatkan hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup, membuka ladang tebu dan tembakau, menternak lembu dan kuda di Brazil.
Pelayar2 Portugal telah mendapatkan hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup, membuka ladang tebu dan tembakau, menternak lembu dan kuda di Brazil.
3. Tahun
1503: berjaya menguasai Cochin dan perairan Malabar.
Mereka memaksa kapal2 berdagang menggunakan lesen Portugal sahaja. Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai pemerintah Cochin. Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan laut antara Portugal dan Arab.
Mereka memaksa kapal2 berdagang menggunakan lesen Portugal sahaja. Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai pemerintah Cochin. Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan laut antara Portugal dan Arab.
4. Meluaskan penjelajahan ke Afrika.
Portugal kemudiannya berjaya menguasai Lautan Hindi dan membina
pangkalan perdagangan di Kenya.
5. Tahun
1509: Lopez de Sequeira tiba Melaka.
Tujuan awal de Sequeira adalah untuk meminta kebenaran berdagangan di Melaka. Pada tahun 1511 Portugal berjaya menawan Melaka.
6. Berjaya membina pangkalan perdagangan di
Kepulauan RempahTujuan awal de Sequeira adalah untuk meminta kebenaran berdagangan di Melaka. Pada tahun 1511 Portugal berjaya menawan Melaka.
Kesungguhan pelayar Portugal akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membina pengkalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera dan Jawa. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan rempah.
7. Melantik Casa de India [House of India]
Casa de India berperanan menguruskan perdagangan di luar negara. Portugal kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan lada hitam,
kulit kayu manis, bunga cengkih dan mengenakan cukai 30% ke atas keuntungan
aktiviti perdagangan lain.
8.
Menggunakan pelabuhan Antwerp sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran
barang dagangan.
Dalam masa
30 tahun, berjaya menguasai pasaran rempah ratus daripada pedagang Venice.
Perkembangan ini menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai contoh,
Nagasaki menjadi pusat perdagangan dan pintu keluar utama bagi perdagangan Jepun.
10. Tahun
1517: meluaskan perdagangan di China Portugis dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan Macau. Ini membolehkan Portugal menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan antara China-Jepun- Eropah. Selain itu, Portugal juga berjaya menerokai perdagangan hamba di China. Hamba2 China dibawa ke Eropah dan dijual kepada bangsawan. Walau bagaimanapun, aktiviti penjualan hamba diharamkan pada tahun 1595.
Kesimpulan
Kejayaan besar yang dilakar oleh pelayar dan pedagang Portugal membuktikan mereka memang sebuah kuasa maritim yang hebat pada ketika itu. Mereka berjaya menguasai laluan barat ke timur serta mengumpul kekayaan hasil daripada aktiviti perdagangan.
Masyarakat Agraria di China
Masyarakat Agraria di China
Pengenalan
Negara China merupakan negara ke-3 terbesar di dunia. 2/3 daripada keluasan itu adalah kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, hasil pertanian mampu menampung makanan penduduk China. Keadaan ini didorong oleh faktor berikut
i. Sebahagian besar negara China terletak di kawasan hawa sederhana
ii.Terdapat kawasan perubahan iklim dari kawasan tropika ke sejuk yg sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.
• Kawasan tertinggi: Dataran Tibet
• Contoh gurun di China: Gurun Gobi [Utara] dan Gurun Taklimakan [Barat Laut]
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di China
Semasa
zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, 80% penduduk desa bercucuk tanam. Timur
Laut China dan Mongolia merupakan dataran loes yg subur untuk aktiviti pertanian. Kawasan
ini turut direntangi oleh Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze.
Tanaman utama petani China ialah padi dan kapas, tebu, teh, gandum, sekoi dan barli menjadi tanaman sampingan. Di utara China pula [Kawasan tanah tinggi] padi huma, sekoi dan kekacang menjadi hasil keluaran penting.
Tanah yang subur mendorong kepada peningkatan hasil keluaran. Ini sudah pasti menguntungkan pembesar ataupun tuan tanah. Pendapatan cukai maharaja juga meningkat.
2. Masyarakat
agraria mengamalkan pemilikan tanah yg diterajui oleh pembesar / tuan tanah.Tanaman utama petani China ialah padi dan kapas, tebu, teh, gandum, sekoi dan barli menjadi tanaman sampingan. Di utara China pula [Kawasan tanah tinggi] padi huma, sekoi dan kekacang menjadi hasil keluaran penting.
Tanah yang subur mendorong kepada peningkatan hasil keluaran. Ini sudah pasti menguntungkan pembesar ataupun tuan tanah. Pendapatan cukai maharaja juga meningkat.
Tanah merupakan kurniaan maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah juga menjadi lambang status sosial & aset berharga.
3. Mengamalkan pertanian secara bersama.
Golongan petani di China mengamalkan pertanian secara bersama [hak individu diketepikan]. Mengusahakan tanah pertanian mengikut sistem warisan iaitu dari satu generasi ke generasi berikutnya.
4. Guna kaedah tradisional
Petani China masih menggunakan kaedah tradisional dalam pertanian. Sebagai contoh, najis binatang dijadikan sebagai baja. Walaupun demikian, hasil pertanian tetap banyak.
5. Petani tidak ada simpanan
Malang bagi petani, walaupun hasil pertanian meningkat tetapi mereka tidak ada simpanan untuk saat kecemasan seperti kemarau, banjir atau tanaman tidak menjadi. Petani masih dihimpit kemiskinan. Oleh itu, untuk meneruskan hidup mereka mengamalkan aktiviti berikut;
- Mencari hasil hutan
- Jual anak perempuan [hamba]
6. Petani tetap miskin
Walaupun
tanah subur dan petani cekap, mereka tetap dihimpit kemiskinan. Rumah
mereka
hanya berdindingkan tanah liat, berbumbungkan rumput, tidak ada tempat
berdiang,
pakaian daripada benang kapas dan makanan sekadar cukup. Pendapatan
petani hanya cukup untuk membeli benih, perkakasan pertanian, mengadakan
majlis perkahwinan dan kematian.
Pembaharuan Dalam Bidang Pertanian
Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan untuk meningkatkan hasil pertanian. Pembaharuan tersebut termasuklah;
a. Peningkatan penggunaan sistem pengairan
b. Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman.
c. Peralatan seperti cangkul,
sabit dan penyisir tanah digunakan.
d. Memperkenalkan
kaedah tanaman bergilir dalam skala besar.
e. Perkenalkan baka padi baru yang cepat masak [[baka padi dari
Vietnam Selatan] bagi membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Baka
baru ini tidak memerlukan banyak air dan sesuai ditanam di kawasan
berbukit.
f. Penggunaan baja
g. Tanaman dari Asia Barat seperti kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung diperkenalkan.
Selain itu, dasar pemerintah China yang mengutamakan
bidang agraria juga menyumbang kepada peningkatan hasil pertanian. Pemerintah China menguatkuasakan
pungutan cukai tanah yang rendah iaitu 1/30 kepada 1/50 daripada hasil pertanian. untuk menggalakkan aktiviti pertanian.g. Tanaman dari Asia Barat seperti kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung diperkenalkan.
Kesan dasar yang diamalkan
Dasar dan pembaharuan yang dijalankan oleh pemerintah China telah membawa banyak faedah seperti;
i. Perbendaharaan berkurang tetapi hasil pengeluaran pertanian bertambah.
ii. Petani boleh baiki taraf hidup.
iii. Banyak pasar di buka di kampung2 dan sistem barter digunakan.
iv. Terdapat orang tengah beli secara pukal dan dijual di pasar besar.
v. Pertumbuhan industri swasta ekoran perkembangan bandar seperti Nanking dan Beijing. Contoh industri berskala kecil yang berkembang pesat ialah pengeluaran kertas, sutera, kapas dan porselin. Perkembangan industri porselin memberi sumbangan kepada perbendaharaan negara. Kiangsi muncul menjadi pusat pengeluaran porselin.
Kesimpulan
Masyarakat agraria di China giat mengamalkan aktiviti pertanian. Sokongan pemerintah, kecekapan petani, tanah yang subur dan dasar pertanian yang diperkenalkan berjaya meningkatkan hasil pertanian sekaligus merancakkan perkembangan ekonomi China.
Thursday, 30 August 2012
Masyarakat Agraria di Belanda
Masyarakat Agraria di Belanda
Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain. Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3 bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.
Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa. Jumlah tanah pertanian, jumlah petani dan jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.
![]() |
| Sistem pertanian padang terbuka [Tanah dibahagikan kepada 3 bidang] yang diamalkan oleh petani Belanda. |
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di
Belanda: Pertanian
1. Hasil pertanian bertambah.
2. Pengeluaran
makanan turut bertambah sekaligus meningkatkan jumlah simpanan
makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan petani.
3. Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan pengairan kawasan pertanian.
4. Guna kaedah tanaman bergilir bagi
mengekalkan kesuburan tanah [tanam sengkuang & kekacang bergilir dengan
bijirin].
5. Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli,
oat]. Selain itu, kobis,
kekacang, bunga dan jagung turut diusahakan.
6. Petani di Belanda turut menternak binatang seperti lembu [tenusu
dan daging bagi tujuan eksport ke selatan Belanda.
7. Industri tekstil turut berkembang.
Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Industri
tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat industri kain berasaskan kain
woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem
pula muncul sebagai bandar utama pengeluar industri linen.
Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di
Belanda: Perikanan
Perairan Holland dan Zeeland kaya
dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat dalam perikanan sehingga
berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman. Belanda mengeksport ikan
herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan bijirin dari Baltik.
Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
- Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti
tinggi, tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka juga dianggap terbaik
di Eropah sehingga turut diguna
oleh pedagang England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa gandum dan galian ke Eropah.
Subscribe to:
Posts (Atom)







